Saturday, October 9, 2010

UCAPAN DATO' HJ. FADZIL MOHD NOOR (1995)

Assalamualaikum wr. wbrt.

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menjadi harapan dan cita-cita PAS Kedah telah berjaya diasaskan pada hari Isnin 8 Rabiulawwal 1407H bersamaan 10 November 1986 dengan pelancarannya yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Yusoff Abdullah Ar-rawi, bekas Yang Dipertua PAS Pusat.

Kejayaan ini telah melalui berbagai-bagai halangan dan rintangan,  tetapi berkat keikhlasan seluruh pimpinan serta ahli dan penyokong PAS di Kedah yang menyedari betapa perlunya sebuah institusi Pendidikan Islam yang boleh menjadi benteng untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan ketahanan ummah dari ancaman musuh-musuh Islam dapat didirikan.

Saya berharap dan berdoa kepada Allah S.W.T semoga Muassasah Darul Ulum ini menjadi pusaka perjuangan PAS yang akan melahirkan generasi ulama' untuk meneruskan perjuangan Islam di negara ini khasnya dan seluruh negara rantau Asia Tenggara ini amnya.

Atas usaha PAS Kedah ini wajarlah seluruh Umat Islam tanpa mengira aliran kefahaman masing-masing memberikan sokongan dan sumbangan dalam bentuk harta benda, wang ringgit dan fikiran ke arah menjayakannya dari semasa kesemasa. InsyaAllah, dengan kerjasam semua pihak cita-cita murni menubuhkan Muassasah Darul Ulum ini untuk berkhidmat kepada Umat Islam akan mendapat rahmat dan restu daripada Allah S.W.T.
Marilah sama-sama kita mendoakan keberkatan daripada Allah S.W.T di atas penubuhan Muassasah Darul Ulum ini.

(HJ. FADZIL MOHD NOOR )
Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum.
1 Rabiul Awwal 1416H / 29 Julai 1995.
 

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates