Monday, July 25, 2011

Mengembalikan kegemilangan legasi Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
 
Menginjak kaki ke lapangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena menghadirkan rasa tenang yang mendamaikan walaupun di balik kedengaran suara-suara garau lantunan isu kitab turath. Dalam asyik bola mata melihat sergaman indah perkampungan ilmu tersebut, tidak lupa di sana juga hening pusara yang bersemadi jasad insan kesayangan ramai; Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor. Segera gambaran lalu melintas di tabir ingatan mata dan       tanpa semena-mena tangisan mula mengesak, terasa seperti adanya        kehilangan besar dijiwa.

Tentunya perasaan itu jauh lebih membungkam di hati mereka yang                        pernah  bersama Almarhum dalam perjuangan ini. Setidak-tidaknya mengimbau   kebangkitan untuk mempertahankan tanah Muassasah dari dirampas       pemerintah zalim ketika itu. Ada yang diseret kepada Akta Keselamatan         Dalam Negeri (ISA) dan sebahagian dari mereka telah pun pergi bersama         beliau. Atau mengingati izzahnya himpunan puluhan ribu hadirin ketika       kompleks ini dirasmikan 17 tahun yang lalu. Kebanggaan yang jangan         dibiarkan luput tenggelam dek berlalunya masa dan nikmat kemenangan             hari ini











Namun yang lebih besar dari semua itu adalah cita-cita disematkan
Almarhum kepada tujuan penubuhan Muassasah Darul Ulum iaitu                         untuk melahirkan ulama amilin serta menjadikannya ‘Al-Azhar Asia Tenggara’.


“Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum (MDU) yang    sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulama yang                      mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan     dan mampu menangani pemasalahan ummah dan negara,” demikian     wawasan yang pernah terbit dari ucapan Almarhum.






Malah, sekiranya disemak lembaran sejarah institusi-institusi pendidikan di dalam PAS yang bermula dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), di sana terdapat sama kesungguhan Almarhum dalam menjayakannya. Semuanya itu menjadi legasi Almarhum yang telah diwasiatkan dari ungkapannya “...yang sama-sama kita asaskan ini...” dalam ucapan tersebut.

           Almarhum adalah tokoh yang paling bersungguh-sungguh menyemarakkan budaya ilmu di situ

Maka atas nama melangsungkan perjuangan Islam, amanah tersebut    perlu terus didokong seluruh ahli PAS. Tidak lain adalah dengan kita              turut serta meneladani kesungguhan Almarhum; membawa MDU              ke lapangan masyarakat dan menyuntik perhatian masyarakat kepadanya. Seterusnya bersama menyegarkan kembali pembudayaan ilmu di situ             dan menyemarakkan kemampuan melalui sumbangan dan wakaf                 kepada segala usaha yang sedang dikembangkan. Sehingga penerusan               itu akan turut menjadi legasi jariah kita dalam menjayakan                          gagasan dicetuskan Almarhum, sedang kita pula                                              menikmati barakahnya di akhirat kelak.

Sumber: 
http://penerangandppnk.blogspot.com

Meriahkan Pesta Konvokesyen KIDU sempena Majlis Konvokesyen Ke-10 pada 28 - 30 Julai ini. Layari:

Thursday, June 23, 2011

23 Jun 2011: Genap 9 Tahun Pemergian Al-Marhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor


Dokumentari Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor 1


Dokumentari Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor 2


Dokumentari Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor 3


Ucapan Terakhir Al-Marhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor


Sunday, October 17, 2010

Majlis Periwayatan Hadis Bersama Sheikh Muhammad Ibrahim Mesir.

Alhamdulillah, Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum sekali lagi menerima kunjungan ulama'. Kali ini seorang ulama' besar hadis berketurunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Al-Alamah Al-Muhaddis Sayyid Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ies Al-Husaini Al-Katani dari Mesir.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Ustaz Muhd. Zainul Asri bin Hj. Romli, pensyarah KIDU. Seterusnya ucapan aluan oleh Ustaz Hj. Md. Ayub bin Md. Daud, Mudir SMIDU mewakili Muassasah Darul Ulum. Majlis diteruskan dengan persembahan burdah oleh putera-putera SMIDU. Al-Alamah Al-Muhaddis Sayyid Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ies Al-Husaini Al-Katani kemudian mengambil tempat untuk menyampaikan ucaptama.

Para pencinta ilmu sedang menumpukan perhatian.
"Serangan pemikiran lebih bahaya daripada serangan ketenteraan"
"Anak-anak yang belajar di Muassasah ini bertuah kerana mempelajari Agama"
Antara perkara yang menarik...budak kecik ni seolah-olah paham kalam Syeikh...
Sebahagian hadirin.
Sedikit cenderahati dari MDU sebagai penghargaan dan kenangan kepada Syeikh...
Sama-sama mengaminkan doa Syeikh..
Sama-sama mengaminkan doa Syeikh untuk keberkatan MDU dan kejayaan warganya...
Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ibrahim sedang menyampaikan ucapan.
Al-Alamah Al-Muhaddis Sayyid Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ies Al-Husaini Al-Katani
Dari kanan, Al-Fadhil Ustaz Md. Ayub, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Abdullah dan Sdr. Zikri.
Kumpulan Burdah SMIDU.
Al Fadhil Ustaz Zainul Asri,Al Fadhil Ustaz Zulkarnain dan Sdr. Zikri.
Al Fadhil Ustaz Abdullah yang khusyuk mendengar kalam tarhib Ustaz Ayub.
Sheikh Muhammad Ibrahim bersama Ust Nazrul selaku penterjemah.
Kalam tarhib dari Al Fadhil Mudir SMIDU mewakili pihak Muassasah.

Saturday, October 9, 2010

UCAPAN USTAZ HJ. SUHAIMI BIN HJ. AHMAD (1995)

Assalamualaikum wr. wbrt.

Syukur Alhamdulillah, hasrat untuk mendirikan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum sebagai pusat pendidikan yang bertujuan mendidik anak bangsa dengan pengetahuan Agama Islam untuk menjadi ulama', tetapi hasrat murni tersebut telah dihalangi oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan sehinggalah pada November 1984 dengan izin Allah S.W.T, PAS Kedah berjaya membeli sebidang tanah seluas 48 relung di Batu 14, Pokok Sena, Kedah.

Rancangan ini telah berjalan setapak demi setapak mengikut kemampuan kewangan yang berjaya dipungut daripada ahli dan penyokong PAS di negeri Kedah dan seluruh Malaysia. Hasil sumbangan ini, PAS Kedah sedang berusaha membina sebuah kompleks pendidikan yang serba lengkap.

Semoga dengan terbangunnya Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum ini, ianya akan menjadi sebuah pusat pendidikan yang terkenal di rantau ini dan berperanan sebagai institusi Pendidikan Islam yang berjasa bukan sahaja kepada Umat Islam di negeri Kedah juga di Malaysia, bahkan di seluruh rantau Asia Tenggara ini.

Memandangkan kepupusan ulama' dan intelektual Islam yang berwibawa untuk mempertahankan kemurnian Islam, wajarlah institusi ini diwujudkan dan seluruh Umat Islam perlu memberikan sokongan yang padu ke arah kejayaannya demi kebaikan Islam dan umatnya di rantau ni.

Usaha ini tidak akan berjaya jika tidak ada sokongan dan kesedaran yang menyeluruh daripada masyarakat Islam. Oleh itu, sokongan terus menerus perlu diberikan oleh seluruh masyarakat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negaranya.

Saya berharap usaha serta sokongan ini akan dapat diteruskan sepanjang hayat kerana usaha yang murni seperti ini tentunya akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud, " Bertolong-tolonglah kamu di atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong menolong di atas dosa dan permusuhan dan takutlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah itu amat keras siksaNya".


(HJ. SUHAIMI HJ. AHMAD)
Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum.
1 Rabiul Awwal 1416H / 29 Julai 1995.



UCAPAN DATO' HJ. FADZIL MOHD NOOR (1995)

Assalamualaikum wr. wbrt.

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menjadi harapan dan cita-cita PAS Kedah telah berjaya diasaskan pada hari Isnin 8 Rabiulawwal 1407H bersamaan 10 November 1986 dengan pelancarannya yang telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Yusoff Abdullah Ar-rawi, bekas Yang Dipertua PAS Pusat.

Kejayaan ini telah melalui berbagai-bagai halangan dan rintangan,  tetapi berkat keikhlasan seluruh pimpinan serta ahli dan penyokong PAS di Kedah yang menyedari betapa perlunya sebuah institusi Pendidikan Islam yang boleh menjadi benteng untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan ketahanan ummah dari ancaman musuh-musuh Islam dapat didirikan.

Saya berharap dan berdoa kepada Allah S.W.T semoga Muassasah Darul Ulum ini menjadi pusaka perjuangan PAS yang akan melahirkan generasi ulama' untuk meneruskan perjuangan Islam di negara ini khasnya dan seluruh negara rantau Asia Tenggara ini amnya.

Atas usaha PAS Kedah ini wajarlah seluruh Umat Islam tanpa mengira aliran kefahaman masing-masing memberikan sokongan dan sumbangan dalam bentuk harta benda, wang ringgit dan fikiran ke arah menjayakannya dari semasa kesemasa. InsyaAllah, dengan kerjasam semua pihak cita-cita murni menubuhkan Muassasah Darul Ulum ini untuk berkhidmat kepada Umat Islam akan mendapat rahmat dan restu daripada Allah S.W.T.
Marilah sama-sama kita mendoakan keberkatan daripada Allah S.W.T di atas penubuhan Muassasah Darul Ulum ini.

(HJ. FADZIL MOHD NOOR )
Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum.
1 Rabiul Awwal 1416H / 29 Julai 1995.
 

Friday, October 8, 2010

Ceramah Palestin.

Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dan Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan Ceramah Palestin bertempat di Dewan Sek. Men. Islam Darul Ulum (SMIDU) dengan ucaptama oleh Tuan Hj. Jamuliddin bin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia.

Tuan Hj. Jamuliddin bin Elias menjawap soalan hadirin.
Antara tetamu, Ustaz Rosli bin Azmi (berkopiah) Pegawai Khas MB (Belia).

Hadirin khusyuk mendengar ceramah

"Kapal MV Mavi Marmara kami naiki ditawan komando Israel"

Sesi menjamu selera. Dari kiri - Sdr. Hafiz (Sinar Harian), Tuan Hj. Jamuliddin bin Elias, Hj. Ahmad (Bendahari MDU), Ust. Zulkarnain (Timb. Mudir SMIDU) dan Ustaz Rosli (Peg. Khas MB)

Hj. Che Din mewakili Muassasah Darul Ulum menyampaikan cenderahati dan kutipan derma Palestin kepada Tuan Hj. Jamuliddin bin Elias

Bergambar Kenangan. Dari kiri - Dua orang pimpinan pelajar SMIDU,Ust. Zulkarnain (Timb. Mudir SMIDU), Tuan Hj. Jamuliddin bin Elias, Sdr. Zikri (Pegawai MDU) dan Ustaz Rosli (Peg. Khas MB)







Sumbangan Aidilfitri 1431H Untuk Guru-guru SMIDU

Pak Mael, menerima sumbangan.
Ustazah Alina.
Ucapan Bendahari Majlis Muassasah Darul Ulum, Hj. Ahmad bin Mat Lazim.
Ucapan Aluan Mudir SMIDU, Ust. Hj. Mat Ayub Mat Daud.
Hj. Ramli (Pak Omar).
Proses pembungkusan.

Template by:
Free Blog Templates